Friday, 3 August 2012

Aktiviti Seharian Saya sebagai pelajar asrama

Pada hari khamis yang lepas saya telah berhimpun di Dataran Mutiara SMK Tengku Afzan untuk perhimpunan pagi.Selalunya pelajar2 akan berkumpul di sini untuk menyanyikan lagu sekolah dan lagu Negaraku.Selain itu,semasa perhimpunan ini juga,guru2 memberi sedikit teguran dan nasihat serta beberapa pengumuman yang penting.Pada hari khamis yang lepas juga,saya telah mengikuti P&P seperti biasa namun seperti biasa pelajar2 sekolah akan berasa MENGANTUK pada waktu pagi dan tengahhari,begitu juga dengan saya.Selalunya di sekolah SMK Tengku Afzan,guru2 akan mengatakan bahawa pelajar asrama sering tidur di dalam kelas,memang benar kerana saya juga seorang pelajar asrama,namun pada pendapat saya juga,pelajar yang tinggal di luar juga sama sahaja.Sehubungan itu,pada hari khamis yang lalu saya dan kawan2 telah menjalani aktiviti PJK bersama2 beberapa orang guru PJK seperti,Puan Yong,Puan Nik Fathiyah,Puan Nrul Ain dan Puan Muslina.Setelah selesai pada pukul 10:10 pagi,kami berehat di kantin apabila loceng dibunyikan oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu,TC.Setelah loceng seterusnya berbunyi,saya menuju ke kelas.P&P seterusnya saya lalui seperti biasa sehingga jam 2:40.Setelah pulang ke asrama, saya menikmati makan tengah hari dan seterusnya solat zohor.Pada jam 3:30 ptg,saya   dan rakan2 pergi ke kelas mengaji  bagi pelajar2 asrama.Setelah selesai mengaji,saya menuju ke dewan makan asrama untuk menikmati minum petang pula.Seterusnya,setelah kami solat asar berjemaah,kami semua bersiap2 untuk riadah petang di padang sekolah.Kami akan beriadah selama 1 jam kemudian pualng ke asrama pada jam 6 ptg untuk makan malam.Aktiviti pelajar asrama berjalan seperti biasa pada hari tersebut iaitu,bersiap2 untuk solat berjemaah maghrib,membaca Yaasin,solat isyak,PREP malam dimana guru2 yang bertugas akan datang memantau,kemudian pulang pada jam 10:30[khmis shj] dan kami dikehendaki menutup suis lampu bilik pada jam 11 malam.

Tugasan Ahli Kelab Komputer

Blog ini bertajuk Diari Seoarang Pelajar kerana blog ini adalah kerja kursus bagi ahli-ahli  kelab komputer SMK Tengku Afzan.Di dalam blog ini,kami semua dikehendaki mengUPDATEkan status sebagai seorang pelajar.Selain itu,kami juga dikehendaki menghantarkan email blog ini kepada cikgu kelab komputer iaitu Puan Suriati supaya cikgu Suriati dapat memberi markah terhadap tugasan kami ini dan seterusnya dapatlah cikgu memberi markah penilaian untuk dimasukkan ke dalam kad koko SMK Tengku Afzan sebagai penglibatan kami di dalamaktiviti kokurikulum di sekolah.